Satu resepi yang tak basah di hujan tak kemarau dek panas adalah Choc
Cake…apatah lagi yang moist dan melt dalam mulut ditambah pula dengan topping
coklat yang lazat…emm..yummilicious…
Jadi Kak Imah share resepi Moist Choc Cake kukus yang Superlicious
ni. Memang Kak Imah dah bake byk kek
choc moist, tapi tak boleh lawan versi cake choc moist kukus…tak sama, memang
tak sama.
Boleh cuba…dan sekali lagi kak imah bagi bonus free tips hehehe…
Superlicious Moist Choc Cake
(Versi kukus)
Bahan A:
1 cawan serbuk koko (kak Imah pakai Local Cocoa Powder)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair(Kak Imah pakai susu segar)
1 cawan minyak masak(or minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat
Bahan B:
3 biji telur (pada suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
----dipukul sekejab
Bahan C:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat(soda bicarbonate)
1 sudu teh baking powder
---di ayak sekata
Cara-cara
- Masak Bahan A dalam periuk.Kacau
berterusan dengan api kecil. Sejukkan.
- Masukkan bahan B ke dalam
bahan A, kacau sebati
- Masuk bahan C sedikit demi
sedikit ke dalam campuran bahan A dan B tadi.
- Masukkan adunan dalam loyang yagn dilengser dengan margerin dan ditabur dengan tepung. Pastikan air didihan
betul-betul panas baru masukkan adunan dalam kukusan.
- Tutup permukaan loyang kek dengan
kertas/alumunium foil utk elakkan wap menitis.
- Resepi juga boleh
menggunakan bekas cup cakes(macam kak imah buat)
- Kukus selama 1 jam dengan
api sederhana. Elakkan membuka tudung kukusan.
- Untuk cup cake, dalam 15
minit sahaja jika menggunakan isian yang sedikit.
Kak Imah kukus dalam cup cakes sebab senang nak beri kepada
orang, juga dengan topping yang ala-ala cair dimulut ni, tak sesuai nak
masukkan dalam cup cakes biasa.
Topping coklat memang byk versi, ni versi bajet(hehehe). Nak
versi pakai whipping cream bagai..boleh saja. Tapi resepi ni mudah dan senang
dibuat dengan bahan yang available kat kedai sebelah rumah pun..tul tak?
Resepi Topping 5 minit :
- 3/4 cawan minyak masak
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 2 sudu mentega
Cara:
Panaskan minyak masak dan mentega
Masukkan
susu pekat dan serbuk koko.
Jika mahu
topping nampak pekat, boleh tambah, dan boleh kurangkan jumlah minyak. Kacau guna whisk yea...baru sekata.
--5 minit saja dah siap..itu pasal kak imah beri nama, "Topping 5 minit" --senang je kan :))
Biarkan
sejuk sebelum digunakan.
Caranya, dah sejuk kek, curah saja topping ke atasnya. Selepas itu, letaklah apa-apa sprinkles...coklat ke..manik ke...croquant...badam...janji nampak menyelerakan.
Utk cup cake, kak imah letak sprinkles love sebab itu yang anak-anak suka.
TIPS........
Orang kata, berguru ni ada tips yang bukan semua orang tahu,
tapi kalau tahu pun, tak tahu yang itu adalah tips… So, kak imah asingkan as
tips untuk kek coklat. Tips ni nak guna bebila pun boleh dengan resepi
mana-manapun. Tak ikut tak apa, kalau ikut pun dap-dap lagilah kek anda…
TIP-TIPS BAHAN…
1.
Gunakan susu coklat menggantikan susu segar utk
menguatkan perisa kek
2.
Masukkan sedikit garam halus bagi menaikkan rasa… Tambahan garam ini utk resepi yang gunakan minyak sahaja, bukan yang menggunakan margerin/butter
cair yea.
3.
Masukkan sesudu kecil nescafe….hmmm….terasa
ummmmp lebih lagi tau…
TIP menyusun cup cakes…
Ini kalau pakai bekas macam ini, memang senang
sikit..susun-susun dan susun. Kejab je semua dah masak. Tak ada air masuk…kita ngam sangatlah.
Bekas kukusan ni arwah my mum punya…banyak pahala dia dapat
harapnya insyaAllah. Walau yang baru mungkin
berkilat warna bekas kukusan tu, tak sama dengan yang mak kita punya...kannn....
Sebab cup cake ini naik sedikit, jadi kak imah isikan sikit sahaja sebab nak letak topping lagi...kira macam lebih kurang byk ini sahaja.
Ini yang Kak Imah test sendiri...ingatkan nak makan satu...tiba-tiba jadi dua...syytttt....jgn cakap kat orang tau...heheheh..
Apapun, Kak Imah ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu
selera. Doakan Kak Imah murah rejeki
saja setiap kali gunakan ilmu ni…nak hantar gambar kek kat FB kak imah ok juga…boleh
jamu mata.
Luv uols…as alwizz….