Kek perlu didekorasi agar lebih menarik atau boleh sahaja dimakan begitu sahaja. Antara kek yang biasa digunakan adalah kek span, kek mentega, kek madeira dan kek coklat lembab. Tidak terkecuali kek lain seperti kek buah, kek karot, kek keju dan lain-lain kek seperti di pasaran.
~Kek Span~
- Kek lembut dan gebu yang sesuai dihias dengan krim mentega, coklat ganache(span coklat) juga whipping cream.
- Kurang sesuai untuk dihias dengan fondant kerana tekturnya yang lembut dan ringan.
~Kek Mentega~
- Kek kosong yang gebu dengan rasa dan aroma yang sempurna.
- Boleh dipelbagaikan menjadi kek marble.
- Boleh dihias dengan krim mentega (butter cream) atau fondant.
~Kek Madeira~
- Kek kosong yang gebu dan naik tinggi dengan rasa dan aroma yang menyelerakan.
- Boleh dipelbagaikan juga menjadi kek marble.
- Boleh dihias dengan krim mentega (butter cream) atau fondant.
- Kek Coklat yang dikukus menjadikannya lembab dan sesuai untuk dijadikan kek asas untuk hiasan dengan ganache atau fondant.
No comments:
Post a Comment