Cheeessseee........
Siapa yang tak tergoda kan dengar perkataan cheese.
Di sini Kak Imah update satu resepi samperit yang kena pada tekak Kak Imah. Bukan apa...tekak kita tak sama dengan tekak orang.
SAMPERIT CHEESE KAK IMAH
Bahan-bahan:
Bahan A:
200 gm Mentega/Margerin(Kak Imah guna buttercup)
100gm Cheese (Tatura pun OK)
130gm gula icing
2 sudu besar susu pekat manis
Bahan B:
2 bj merah telur
1 sk esen vanilla
---kacau sebati dengan sudu
Bahan C:
180gm tepung gandum
200gm tepung jagung
140gm tepung kastard
---diayak
Cara-cara:
a. Pukul bahan A hingga gebu dengan speed laju
b. Kurangkan kelajuan mixer, Masukkan bahan B
c. Ayak bahan C, semua tepung berkenaan dlm bekas lain.
d. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan, gunakan kelajuan perlahan.
e. Setelah adunan siap, gunakan acuan samperit dan bentukkan.
f. Bakar pada suhu 150-170*c(bergantung kepada jenis oven selama 15-20 minit.)
g. Sekiranya bahagian bawah agak kekuningan, ianya telah masak dan boleh diangkat.
Nota: Kak Imah menggunakan oven yang ada kipas, oleh itu, api yang digunakan adalah atas dan bawah.
TIPPPPSSS...
1. Tambah perasa cheese oil dlm 1 sudu kecil jika ada, jika tak ada..abaikan saja. Jgn byk sgt sebab kuat bau cheese nanti
2. Telur boleh gred A atau B. Jika gred C, tambah extra dalam sebiji lagi.
3. Tepung yg siap diayak jgn dimasukkan semua ...letak dlm 30 gm asing. Jika adunan terlalu lembut, baru tambah. Jika rasa dah ok, then tak perlu tambah.
4. Kalau tak yakin, bakar sikit utk tgk adunan 'jatuh' atau tidak. Jika meleper tu...mungkin tak cukup tepung lah tu,
OK...selamat berbaking yea....Luv uols..as alwizz.
No comments:
Post a Comment