Kalau
sebut Choc Cake...tambahan pula ada sekali chocolate
gananche...mak aiii....memang meleleh air mata kalau tak dapat
makan...tak yah sebut meleleh air liur hehehhe...
Yang ini Yogurt Chocolate Cake yang amat yummy dan terasa ke-yogurtan-nya (heheh..bahase...).
Rasanya memang lain sikit dari kek coklat dan tak heavy sangat.
Sepatutnya dimakan dgn cream cheese tapi rasanya lagi mengancam kalau
dimakan dengan chocolate ice cream yang sangat membangkitkan
rasa....memang amat sedap you...tak salah telahan Kak Imah...
MOIST SOUR CREAM/YOGURT CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahannya:
1 cwn Serbuk Koko/Coklat
1 sudu besar serbuk nescafe
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega @ 225gm - di lembutkan
2 1/4 cwn Gula kastor
3 bj Telur gred A
2 sudu kecil Esen Vanilla
3 cwn @ 330gm Tepung Kek*
2 sk Baking Soda/Soda Bicarbonate*
1 sk Baking Powder*
½ sk Garam* (* ayak sekali)
1 cwn Yogurt-perisa asli
Cara-cara:
1. Campurkan serbuk koko/coklat dengan nescafe & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu.
3. Pecahkan telur dan masukkan esen vanila, pukul sebentar. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan.
4. Masukkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
5. Akhir sekali, masukkan bancuhan koko,sebatikan.
6. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak.
7. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan.
- Saiz loyang boleh guna 9" bulat atau yang sesuai.
CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream- Non diary whipping cream
- Masukkan cream ke dlm periuk , panaskan sehingga sedikit buih naik dan masukkan coklat. Kecilkan sentiasa dan kacau hingga coklat cair. Sejukkan sebelum di sapu ke atas kek.
No comments:
Post a Comment