Saturday, 5 October 2013

++ Kongsi Resepi ++

Resepi Vanilla Cup Cakes

Salah satu lagi kesukaan Kak Imah adalah baking cup cakes lah....set-set kek juga sebenarnya..

Memang banyak resepi cup cakes, tapi Kak Imah ni cerewet sikit.  Banyak resepi bila dimasak, bau telurnya naik. Akhirnya barulah Kak Imah dapat tips, telur kena dicampur dengan esen vanila, kacau sikit. Selepas itu baru masukkan dalam bancuhan mentega dan gula yang telah dipukul kembang...dan lepas tu ikutlah semua step-step yang lain.

Di sini Kak Imah share resepi Vanilla Cup Cakes...kira resepi asas untuk cup cake.  



Vanilla Cupcakes
Bahan2nya: 150g mentega, suhu bilik 150g gula kaster 3 biji telur
180g tepung naik sendiri, diayak (atau tpg gandum + 1 sk baking powder)
50ml susu segar
1/2 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:


1. Pukul mentega & gula hingga lembut dan berkrim.

2. Dalambekas lain, masukkan esen vanila ke dalam telur.  Pukul sedikit.  Kemudian masukkan sedikit demi sedikit  telur ke dalam mentega yang telah kembang.

3.  Masukkan separuh tepung yang telah di ayak, berselang-seli dengan susu segar.  Gaul sebati.

4. Tuang adunan kedalam acuan cupcake 3/4 penuh.

5. Bakar pada suhu 170-190 c selama 12 - 15 minit hingga bertukar warna keemasan.  Suhu ni ikut jenis oven masing-masing ya.

Keluar dan sejukkan.


Ini cup cakes yang Kak Imah deco untuk Cikgu-cikgi sekolah anak-anak...saja je. Hias pakai butter-cream dan all aksesori yang ada dalam stok...


Yang ini dihias dengan butter cream dan fondant.  Kadang kita fikir macam mustahil nak buat benda macam ni...sebenarnya tak susah sangat pun....tak caya...nanti join kelas Kak Imah...kompom pandai buat sendiri lepas tu (siap iklan lagi hehehe ) :))




Dan ini hasil kerja tangan anak-anak... Macam Kak Imah katakan,kalau budak tadika boleh buat, mak-mak dia mestilah lagi..lagi dan lagi-lah boleh buat-kan??

Princess ini dideco oleh anak perempuan dan angry bird oleh anak lelaki Kak Imah...gambar pakai edible image dan tepi cup cake mereka tabur apa saya yang mama sediakan....cute juga jadinya-kan...


So, lepas ni serlahkanlah lagi potensi anda dan anak-anak anda secara kreatif....try buat sendiri di rumah pun boleh....

No comments:

Post a Comment