Saturday, 18 January 2014

Serunding Daging Kak Imah

Serunding Daging Kak Imah


Bahan-bahan :

1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
400 ml santan pekat
2 sudu besar gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili paste(cili yang diblend dengan sedikit belacan , bwg putih dan bwg merah)
sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
20 gm ketumbar (disangai terlebih dahulu)*
10 gm jintan manis (disangai)*
2 batang serai*

Nota:Yang bertanda * tu optional...kalau suka rempah ratus, masukkanlah

Cara-cara :

Panaskan santan, masukkan sesudu garam.
Masak santan hingga naik minyak, orang panggil minyak muda. Tempohnya dalam 30-45 minit utk naikkan minyak dari santan pekat. Perlu sering dikacau dan api mesti kecil.
Masukkan bahan yang telah dikisar, biar naik bau.
Masukkan cili paste , ikut tahap kepedasan yang diingini-sebatikan.
Masukkan daging yang telah dicarikkan, kacau sebati.
Masukkan gula dan garam sesedap rasa.
Masak dan kacau berterusan, mungkin sekitar 1-2 jam.
Bila dilihat santan kering, boleh ditutup api. Biar jgn kering sangat kerana jika terlalu kering, bila serunding sejuk akan menjadi bertambah kering.
Boleh disimpan lama dengan syarat santan pecah minyak dan cili pun sempurna masaknya. Biar benar-benar sejuk sebelum disimpan didalam bekas.

No comments:

Post a Comment