Saturday, 18 January 2014

Royal Durian Cake.......

Royal Durian cake....


Jadual Penukaran Cawan kepada Gram dan Liter



 
Berat yang tepat penting terutamanya perlu ditukar untuk mudah mengira kos.
Berikut adalah jadual penukaran untuk mendapatkan berat dan pengiraan yang lebih tepat.




Tepung serbaguna ,gula aising dan gula dalam bentuk serbuk

1/8 cawan =15 gram
1/4 cawan =30 gram
1/3 cawan =40 gram
3/8 cawan =45 gram
1/2 cawan =60 gram
5/8 cawan =70 gram
2/3 cawan =75 gram
3/4 cawan =85 gram
7/8 cawan =100 gram
1 cawan =110 gram

Gula pasir, gula halus atau gula kastor

1/8 cawan =30 gram
1/4 cawan =55 gram
1/3 cawan =75 gram
3/8 cawan =85 gram
1/2 cawan =115 gram
5/8 cawan =140 gram
2/3 cawan =150 gram
3/4 cawan =170 gram
7/8 cawan =200 gram
1 cawan =225 gram

Mentega atau marjerin

1/8 cawan =30 gram
1/4 cawan =55 gram
1/3 cawan =75 gram
3/8 cawan =85 gram
1/2 cawan =115 gram
5/8 cawan =140 gram
2/3 cawan =150 gram
3/4 cawan =170 gram
7/8 cawan =200 gram
1 cup=225 gram

Gula perang

1/8 cawan =25 gram
1/4 cawan =50 gram
1/3 cawan =65 gram
3/8 cawan =75 gram
1/2 cawan =100 gram
5/8 cawan =125 gram
2/3 cawan =135 gram
3/4 cawan =150 gram
7/8 cawan =175 gram
1 cawan =200 gram

Serbuk koko

1/8 cawan =15 gram
1/4 cawan =30 gram
1/3 cawan =40 gram
3/8 cawan =45 gram
1/2 cawan =60 gram
5/8 cawan =70 gram
2/3 cawan =75 gram
3/4 cawan =85 gram
7/8 cawan =100 gram
1 cawan =125 grams

Tepung kek

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =20 gram
1/3 cawan =25 gram
3/8 cawan =30 gram
1/2 cawan =50 gram
5/8 cawan =60 gram
2/3 cawan =65 gram
3/4 cawan =70 gram
7/8 cawan =85 gram
1 cawan =95 gram

Badam Hiris

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =20 gram
1/3 cawan =25 gram
3/8 cawan =30 gram
1/2 cawan =40 gram
5/8 cawan =50 gram
2/3 cawan =55 gram
3/4 cawan =60 gram
7/8 cawan =70 gram
1 cawan =80 gram

Badam Serbuk

1/8 cawan =25 gram
1/4 cawan =50 gram
1/3 cawan =65 gram
3/8 cawan =75m
1/2 cawan =100 gram
5/8 cawan =125 gram
2/3 cawan =135 gram
3/4 cawan =150 gram
7/8 cawan =175 gram
1 cawan =200 gram

Kelapa Keping

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =20 gram
1/3 cawan =25 gram
3/8 cawan =30 gram
1/2 cawan =40 gram
5/8 cawan =45 gram
2/3 cawan =50 gram
3/4 cawan =60 gram
7/8 cawan =65 gram
1 cawan =75 gram

Kelapa Parut (Flake Coconut)

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =25 gram
1/3 cawan =35 gram
3/8 cawan =40 gram
1/2 cawan =50 gram
5/8 cawan =60 gram
2/3 cawan =65 gram
3/4 cawan =75 gram
7/8 cawan =85 gram
1 cawan =100 gram

Cecair

1 sudu teh = 5 mL
1 sudu teh atau 1/2 oz cecair = 15 mL
1 oz cecair atau 1/8 cawan = 30 mL
1/4 cawan atau 2 oz cecair = 60 mL
1/3 cawan = 80 mL
1/2 cawan atau 4 oz cecair = 120 mL
2/3 cawan = 160 mL
3/4 cawan or 6 oz cecair = 180 mL
1 cawan atau 8oz cecair/1/2 pint = 240 mL
1 1/2 cawan atau 12 oz cecair = 350 mL
2 cawan atau 1 pint/16 oz cecair = 475 mL
3 cawan atau 1 1/2 pints = 700 mL
4 cawan atau 2 pints/1 quart =950 mL
4 quarts or 1 gallon =3.8 L

Carrot Cake

KEK CARROT

Bahan:
250gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis(optional)
4 biji telur A
350 ml minyak jagung
70 gm gula castor
100 gm gula perang
150gm parutan lobak merah-diperah sedikit dan buang airnya
1/2 cwn walnut atau 1/2 cawan dried cranberry atau kismis
50 gm badam nib

Cara:


Panaskan oven dgn suhu 180C.
Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam dan serbuk kayu manis. Ambil 3 sudu dr tepung ni dan gaulkan dgn parutan lobak merah dan dried cranberry. Ketepikan.
Pukul telur dgn wisker sebentar dan masukkan minyak, gula castor dan gula perang.
Pukul lagi hingga sebati, kemudian masukkan bahan2 yg diayak sedikit demi sedikit.
Kacau dgn cara kaup balik hingga hampir sebati dan masukkan parutan lobak merah dan kismis tadi seta badam
Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang 9" x 9" yg dah digris terlebih dahulu.
Bakar lebih kurang 50 min hingga 1 jam.

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan:
250 gm creamcheese
125 gm butter
120 gm gula icing ~ diayak
sedikit perahan lemon ~ atau boleh guna lemon paste/emulco atau kadang kak imah guna perahan limau kasturi

Cara:
Pukul creamcheese dan butter hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan perahan lemon. Pukul lagi.
Masukkan gula icing dan pukul lg hingga betul2 kembang.
Sejukkan seketika dlm peti ais sebelum dihias atas kek.

* frosting ni boleh digunakan utk kek red velvet juga




Resepi Crunchy Almond Caramel

Kepingan Almond yang krup-krap dan tak jemu dimakan , memang amat sedap dan kesedapan tak dapat dibayangkan kecuali pada yang pernah merasanya...

Pada yang pertama kali nak mencuba, tepung florenta atau bienetta ini macam gula, bila dipanaskan ..tepung ini akan 'pegang' semua kekacang...


 


Crunchy Almond Caramel

Bahan-Bahan:


200 gm tepung Florenta @ Bienetta

200 gm badam keping

100 gm kuaci hitam

20 gm bijan hitam


Cara-cara:

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C sehingga nampak keperangan.
Gaulkan semua bahan dalam bekas sehingga sempurna.
Alas loyang dengan kertas kek/parchment, bukan kertas lapik biasa tu. Perlu pakai kertas ini utk mudah dipotong.  Boleh pakai Loyang 14" x 14" atau yang bersesuaian.
Panaskan oven pada suhu 160C(bergantung kpd jenis oven juga)
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis, nipis tu dalam 3-4mm atau sedang elok utk dipotong.
Bakar dalam oven selama 10 minit
Keluar dari oven terus potong kepada kepingan.
Simpan dalam bekas kedap udara.




 Tips dia...

Buat mudah, tapi masa nak potong tu memang perlu cepat-cepat dipotong. lambat dipotong , ianya akan mengeras dan terus mudah pecah bederai jadinya. Berpeluh tu biasalah.... Satu lagi pastikan pakai alas kertas kek....



OK, jangan lupa untuk mencuba...

Serunding Daging Kak Imah

Serunding Daging Kak Imah


Bahan-bahan :

1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
400 ml santan pekat
2 sudu besar gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili paste(cili yang diblend dengan sedikit belacan , bwg putih dan bwg merah)
sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
20 gm ketumbar (disangai terlebih dahulu)*
10 gm jintan manis (disangai)*
2 batang serai*

Nota:Yang bertanda * tu optional...kalau suka rempah ratus, masukkanlah

Cara-cara :

Panaskan santan, masukkan sesudu garam.
Masak santan hingga naik minyak, orang panggil minyak muda. Tempohnya dalam 30-45 minit utk naikkan minyak dari santan pekat. Perlu sering dikacau dan api mesti kecil.
Masukkan bahan yang telah dikisar, biar naik bau.
Masukkan cili paste , ikut tahap kepedasan yang diingini-sebatikan.
Masukkan daging yang telah dicarikkan, kacau sebati.
Masukkan gula dan garam sesedap rasa.
Masak dan kacau berterusan, mungkin sekitar 1-2 jam.
Bila dilihat santan kering, boleh ditutup api. Biar jgn kering sangat kerana jika terlalu kering, bila serunding sejuk akan menjadi bertambah kering.
Boleh disimpan lama dengan syarat santan pecah minyak dan cili pun sempurna masaknya. Biar benar-benar sejuk sebelum disimpan didalam bekas.