Sunday, 6 October 2013

Kek Coklat Yogurt meleleh....

Kalau sebut Choc Cake...tambahan pula ada sekali chocolate gananche...mak aiii....memang meleleh air mata kalau tak dapat makan...tak yah sebut meleleh air liur hehehhe...



Yang ini Yogurt Chocolate Cake yang amat yummy dan terasa ke-yogurtan-nya (heheh..bahase...).  Rasanya memang lain sikit dari kek coklat dan tak heavy sangat.  Sepatutnya dimakan dgn cream cheese tapi rasanya lagi mengancam kalau dimakan dengan chocolate ice cream yang sangat membangkitkan rasa....memang amat sedap you...tak salah telahan Kak Imah...



MOIST SOUR CREAM/YOGURT CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya:


1 cwn Serbuk Koko/Coklat

1 sudu besar serbuk  nescafe
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega @ 225gm - di lembutkan
2 1/4 cwn Gula kastor

3  bj Telur gred A
2 sudu kecil Esen Vanilla
3 cwn @ 330gm Tepung Kek* 

2 sk Baking Soda/Soda Bicarbonate*
1 sk Baking Powder*
½ sk Garam* (* ayak sekali)
1 cwn Yogurt-perisa asli



Cara-cara: 

1. Campurkan serbuk koko/coklat dengan  nescafe & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu. 

3.  Pecahkan telur dan masukkan esen vanila, pukul sebentar. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan.
4.  Masukkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
5.  Akhir sekali, masukkan bancuhan koko,sebatikan.
6. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak.

7. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan. 
- Saiz loyang boleh guna 9" bulat atau yang sesuai.



CHOCOLATE GANACHE:

450g Coklat - potong kecil
300g Cream- Non diary whipping cream


- Masukkan cream ke dlm periuk , panaskan sehingga sedikit buih naik dan masukkan coklat.  Kecilkan sentiasa dan kacau hingga coklat cair. Sejukkan sebelum di sapu ke atas kek. 




Saturday, 5 October 2013

++ Kongsi Resepi ++

Resepi Vanilla Cup Cakes

Salah satu lagi kesukaan Kak Imah adalah baking cup cakes lah....set-set kek juga sebenarnya..

Memang banyak resepi cup cakes, tapi Kak Imah ni cerewet sikit.  Banyak resepi bila dimasak, bau telurnya naik. Akhirnya barulah Kak Imah dapat tips, telur kena dicampur dengan esen vanila, kacau sikit. Selepas itu baru masukkan dalam bancuhan mentega dan gula yang telah dipukul kembang...dan lepas tu ikutlah semua step-step yang lain.

Di sini Kak Imah share resepi Vanilla Cup Cakes...kira resepi asas untuk cup cake.  



Vanilla Cupcakes
Bahan2nya: 150g mentega, suhu bilik 150g gula kaster 3 biji telur
180g tepung naik sendiri, diayak (atau tpg gandum + 1 sk baking powder)
50ml susu segar
1/2 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:


1. Pukul mentega & gula hingga lembut dan berkrim.

2. Dalambekas lain, masukkan esen vanila ke dalam telur.  Pukul sedikit.  Kemudian masukkan sedikit demi sedikit  telur ke dalam mentega yang telah kembang.

3.  Masukkan separuh tepung yang telah di ayak, berselang-seli dengan susu segar.  Gaul sebati.

4. Tuang adunan kedalam acuan cupcake 3/4 penuh.

5. Bakar pada suhu 170-190 c selama 12 - 15 minit hingga bertukar warna keemasan.  Suhu ni ikut jenis oven masing-masing ya.

Keluar dan sejukkan.


Ini cup cakes yang Kak Imah deco untuk Cikgu-cikgi sekolah anak-anak...saja je. Hias pakai butter-cream dan all aksesori yang ada dalam stok...


Yang ini dihias dengan butter cream dan fondant.  Kadang kita fikir macam mustahil nak buat benda macam ni...sebenarnya tak susah sangat pun....tak caya...nanti join kelas Kak Imah...kompom pandai buat sendiri lepas tu (siap iklan lagi hehehe ) :))




Dan ini hasil kerja tangan anak-anak... Macam Kak Imah katakan,kalau budak tadika boleh buat, mak-mak dia mestilah lagi..lagi dan lagi-lah boleh buat-kan??

Princess ini dideco oleh anak perempuan dan angry bird oleh anak lelaki Kak Imah...gambar pakai edible image dan tepi cup cake mereka tabur apa saya yang mama sediakan....cute juga jadinya-kan...


So, lepas ni serlahkanlah lagi potensi anda dan anak-anak anda secara kreatif....try buat sendiri di rumah pun boleh....

Thursday, 3 October 2013

Durian Crepe

Durian Crepe....

Memang terliur bila tersebut nama pun. Memang sedap Durian Crepe terutama bagi penggemar durian macam Kak Imah ni...

Banyak resepi, ada 8, 7, 5, 4...dan ada yang pakai 2 jenis tepung.

Apapun, janji sedap.... Jom layan gambar Durian Crepe akak....ni Kak Imah siapkan jam 2 pagi you....tapi masih tetap montok dan mantap kan..heheh..puji diri sendiri nampak....

RESEPI DURIAN CREPE


Bahan-bahan untuk kulit :

- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 180 ml air
- pewarna kuning
- perisa durian


 Cara Membuat:


Sebatikan semua bahan dengan whisk atau boleh diblender.  

Tapiskan, jika masih pekat, tambah air sikit.
Jika ada buih, pecahkan semua buih berkenaan.  
Untuk mengcrepe- ambil sesenduk kecil, tuang adunan dlm kuali.
Seeloknya pakai non-stick pan. 
Kemudian, layangkan kuali agar adunan sekata. 
Api yang digunakan mesti kecil. 
Sebaik saja crepe telah masak, segera terbalikkan ke pinggan.
Buat lapisan crepe sehingga habis adunan.

Bahan-bahan untuk filling :

150ml fresh cream/non-diary whipping cream 

(boleh mix sekali dgn 2 sb isi durian)
Isi durian - yang telah dilecek sedikit.


Cara Membuat :

Letakkan sekeping crepe dengan permukaan yang licin diletakkan ke bawah.  

Letakkan fresh cream,  isi durian, dan kemudian sekali letak lagi fresh cream di atasnya..
  Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah seperti melipat lepat.


Sejukkan dan sedia untuk dinikmati...